Berita baik buat semua pemandu UBER atau Uber Partners apabila pihak uber telah memperkenalkan konsep First In, First Out (FIFO) di KLIA dan KLIA2. Ini bermakna anda tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan penumpang atau riders.
Bagaimana FIFO berfungsi?
Sekiranya anda tiba dahulu anda akan menerima permintaan awal seterusnya. Jadi anda tidak perlu untuk menunggu lebih lama atau membuang masa sehingga berjam-jam tanpa mendapat satu permintaan langsung. Anda juga tidak perlu berada sangat dekat dengan riders untuk menerima permintaan.
Di mana perlu pemandu Uber tunggu?
Anda boleh menunggu di mana-mana tempat selagi anda berada dalam kawasan FIFO. Tidak kira sejauh mana anda menunggu, anda akan tetap menerima permintaan selagi tidak keluar dari kasawan tersebut.
Berapa lama perlu menunggu?
Setibanya anda di kawasan tersebut, aplikasi anda akan memberitahu tempat anda dalam queue.
Penting!!!!!
Sekiranya riders membatalkan permintaan, kedudukan anda dalam barisan adalah kekal.

0 comments:
Post a Comment