Monday, 14 November 2016

UBER Memperkenalkan konsep FIFO di KLIA & KLIA2


Berita baik buat semua pemandu UBER atau Uber Partners apabila pihak uber telah memperkenalkan konsep First In, First Out (FIFO) di KLIA dan KLIA2. Ini bermakna anda tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan penumpang atau riders.


Bagaimana FIFO berfungsi?

Sekiranya anda tiba dahulu anda akan menerima permintaan awal seterusnya. Jadi anda tidak perlu untuk menunggu lebih lama atau membuang masa sehingga berjam-jam tanpa mendapat satu permintaan langsung. Anda juga tidak perlu berada sangat dekat dengan riders untuk menerima permintaan.

Di mana perlu pemandu Uber tunggu?

Anda boleh menunggu di mana-mana tempat selagi anda berada dalam kawasan FIFO. Tidak kira sejauh mana anda menunggu, anda akan tetap menerima permintaan selagi tidak keluar dari kasawan tersebut.

Berapa lama perlu menunggu?

Setibanya anda di kawasan tersebut, aplikasi anda akan memberitahu tempat anda dalam queue.


Penting!!!!!

Sekiranya riders membatalkan permintaan, kedudukan anda dalam barisan adalah kekal.

Perkhidmatan UberXL di Malaysia

Uber XL adalah untuk kategori kenderaan yang lebih besar, selesa dan luas ataupun MPV. Kenderaan yang termasuk dalam ketegori XL adalah seperti Proton Exora, Nissan Grand Livina ataupu Toyota Avanza.







Kawasan bandar bagi perkhidmatan UberXL:

Kuala Lumpur
Johor Bahru
Pulau Pinang

Harga bagi perkhidmatan UberXL:

Kuala Lumpur

Tambang Asas: RM2,50
Setiap minit: RM2.50
Per KM: RM0.75
Tambang Minimum: RM0.40
Bayaran Pembatalan: RM5

Johor Bahru

Tambang Asas: RM2,50
Setiap minit: RM2.50
Per KM: RM0.75
Tambang Minimum: RM0.40
Bayaran Pembatalan: RM5

Pulau Pinang

Tambang Asas: RM1.00
Setiap minit: RM1.00
Per KM: RM0.50
Tambang Minimum: RM0.25
Bayaran Pembatalan: RM5

Perkhidmatan UberX di Malaysia

UberX merupakan uber kos yang paling bawah. Lazimnya ia juga cara yang termudah and termurah bagi penumpang untuk pergi ke sesuatu tempat. Kenderaan yang termasuk dalam kategori ini adalah termasuk kederaan seperti Perodua Myvi, Proton Saga ataupun Toyota Vios





Kawasan bandar bagi perkhidmatan UberX:

Kuala Lumpur
Johor Bahru
Pulau Pinang
Ipoh
Kota Kinabalu
Kuching

Harga bagi perkhidmatan UberX


Johor Bahru

Tambang Asas: RM1.00
Setiap minit: RM0.25
Per KM: RM0.50
Tambang Minimum: RM1.00
Bayaran Pembatalan: RM5

Ipoh

Tambang Asas: RM1.00
Setiap minit: RM0.25
Per KM: RM0.50
Tambang Minimum: RM1.00
Bayaran Pembatalan: RM5

Kuching

Tambang asas: RM0.95
Setiap minit: RM0.25
Per KM: RM0.50
Tambang Minimum: RM0.95
Bayaran Pembatalan: RM5

Kuala Lumpur

Tambang asas: RM0.95
Setiap minit: RM0.25
Per KM: RM0.60
Tambang Minimum: RM0.95
Bayaran Pembatalan: RM5

Pulau Pinang

Tambang Asas:  RM0.80
Setiap Minit: RM0.20
Per KM: RM0.55
Tambang Minimum: RM0.80
Bayaran Pembatalan: RM5

Kota Kinabalu

Tambang asas: RM0.95
Setiap minit: RM0.25
Per KM: RM0.50
Tambang Minimum: RM0.95

Bayaran Pembatalan: RM5

3 Soalan Lazim Tentang Memandu Bersama Uber




  1. Berapa lamakah masa perlu diambil sebelum saya boleh mula memandu?
    Sebaik sahaja anda memuat naik dokumen anda dan menandatangani perjanjian, lazimnya anda boleh memulakan pemanduan dalam tempoh 24 jam.
  2. Bagaimanakah saya dapat mengesahkan bahawa pihak Uber telah menerima dokumen saya? 
    Anda boleh melihat dokumen anda yang masih belum diverifikasi di papan pemuka (dashboard) anda. Jika anda mengirimkan dokumen tersebut melalui e-mel, masa yang lebih lama diperlukan sebelum dokumen itu dapat dilihat. Cara yang paling cepat untuk membolehkan dokumen anda diluluskan adalah dengan memuat naik dokumen itu ke profil anda.
  3. Dokumen saya ditolak? Apakah yang perlu saya lakukan?
    Sekiranya dokumen anda ditolak, berkemungkinan dokumen itu tidak memenuhi syarat dan keperluan bandar anda atau berkemungkinan gambar yang dikirimkan berkualiti rendah. Sila pastikan bahawa gambar anda adalah jelas dan muat naik satu salinan baharu ke papan pemuka anda.
Lebih cepat anda memuat naik dokumen memandu anda, lebih cepat anda akan memandu di jalan raya dan meraih pendapatan.