- Berapa lamakah masa perlu diambil sebelum saya boleh mula memandu?
Sebaik sahaja anda memuat naik dokumen anda dan menandatangani perjanjian, lazimnya anda boleh memulakan pemanduan dalam tempoh 24 jam. - Bagaimanakah saya dapat mengesahkan bahawa pihak Uber telah menerima dokumen saya?
Anda boleh melihat dokumen anda yang masih belum diverifikasi di papan pemuka (dashboard) anda. Jika anda mengirimkan dokumen tersebut melalui e-mel, masa yang lebih lama diperlukan sebelum dokumen itu dapat dilihat. Cara yang paling cepat untuk membolehkan dokumen anda diluluskan adalah dengan memuat naik dokumen itu ke profil anda. - Dokumen saya ditolak? Apakah yang perlu saya lakukan?
Sekiranya dokumen anda ditolak, berkemungkinan dokumen itu tidak memenuhi syarat dan keperluan bandar anda atau berkemungkinan gambar yang dikirimkan berkualiti rendah. Sila pastikan bahawa gambar anda adalah jelas dan muat naik satu salinan baharu ke papan pemuka anda.
Lebih cepat anda memuat naik dokumen memandu anda, lebih cepat anda akan memandu di jalan raya dan meraih pendapatan.


0 comments:
Post a Comment