Tuesday, 14 February 2017

Pemandu GrabCar tidak setuju dan bantah potongan 'ignore/cancellation'

Beberapa pemandu khidmat pengangkutan berasaskan aplikasi, GrabCar hari ini tampil bagi menyuarakan bantahan terhadap pemotongan pendapatan pemandu yang didakwa membebankan.

Mereka mendakwa menerima pesanan ringkas mengatakan bahawa mereka dikenakan potongan bagi setiap tempahan yang diabai atau 'ignore' serta dibatalkan.

Malah, ada yang mendakwa mengalami potongan sehingga lebih RM1,000 bagi tempahan khidmat pengangkutan.

Menurut seorang pemandu GrabCar sepenuh masa, Mohd Kamarul Faisal Kamarulzaman, 41, keadaan itu sekali gus menyebabkan pemandu terpaksa menanggung bebanan hutang dengan syarikat.

"Kami baru-baru ini menerima pesanan ringkas mengatakan bahawa bagi setiap tempahan khidmat yang dibatal, GrabCar akan menolak RM1. Tetapi ada segelintir daripada pemandu GrabCar ditolak RM1,100 sehingga RM1,600 sebulan daripada pendapatan mereka.

"Kita nak minta penjelasan daripada pihak GrabCar mengapa wujud potongan ini? Memang 'ignore/cancellation' wujud tapi kenapa ada pemotongan yang boleh dikatakan sebagai tidak masuk akal sehingga ada mencapai RM1,600 ke atas?"

“Biasanya dalam sehari kami dapat 50 pelanggan dan biasanya kami paling banyak akan tolak 25 pelanggan sehari. Jadi bagaimana nasib pemandu GrabCar nak menyara kehidupan kami selepas ini jika pendapatan kami dipotong sebanyak itu?" soalnya ketika ditemui pada sidang media berhubung bantahan terhadap isu pemotongan ke atas pemandu GrabCar di sini, hari ini.

Selain itu, beberapa pemandu juga mengeluh tentang tambang GrabCar yang disifatkan sebagai tidak berpatutan.

Antaranya, kadar yang dikenakan dari Genting Highlands ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu hanya RM110.

ementara itu, Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) memberi masa seminggu kepada GrabCar untuk menyelesaikan perkara tersebut atau berdepan siasatan polis.

Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa pihaknya telah menerima lebih seribu aduan daripada anggotanya yang turut menjadi pemandu syarikat berkenaan.

"Janganlah mangsakan pemandu-pemandu GrabCar untuk kepentingan syarikat. Kita bagi seminggu untuk GrabCar selesaikan isu ini. Kalau tidak selesai, kita akan buat laporan polis dan kita akan menuntut kerugian," jelasnya.

Dianggarkan kita-kira 370 ahli IKHLAS yang memandu GrabCar.

Thursday, 8 December 2016

Pemandu Uber Seremban dan Nilai Diperlukan

Uber kini sedang giat memperluaskan destinasinya ke seluruh Malaysia ekoran daripada sambutan baik Rakyat Malaysia terhadap perkhidmatan Uber yang sedia ada. Terbaru Seeremban telah dipilih sebagai destinasi baharu bagi perkhidmatan Uber bermula 1 Disember 2016.

Pembukaan perkhidmatan uber di Seremban merupakan satu peluang yang baik kerana bandar Seremban juga mempunyai kepadatan penduduk tinggi. Setakat ini, di Negeri Sembilan hanya terdapat di Seremban dan Nilai sahaja bagi perkhidmatan ini. Korang berpeluang untuk menggunakan perkhidmatan ini dengan menggunakan aplikasi uber seperti biasa.

Bagi korang yang ingin menambah pendapatan boleh mendaftar sebagai Uber Partner atau Pemandu Uber dengan secepatnya. Untuk mendaftar, korang boleh klik pada link di bawah. Jadi korang jangan buang masa dan bagi mereka yang layak berdaftar sila daftar dengan secepatnya. Klik link ini untuk mengetahui cara mudah mendaftar sebagai pemandu Uber.

Klik gambar di bawah untuk mendaftar


Sunday, 4 December 2016

3 Langkah Mudah Mendaftar Sebagai Pemandu Uber


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah tidak menjadi asing bagi kita rakyat Malaysia pada masa kini apabila mendengar tentang UBER. Dengan UBER, anda boleh menjana pendapatan sampingan yang lumayan tetapi dengan syarat anda memiliki kereta sendiri. Anda sebagai pemandu uber atau Uber Partners tidak perlu mempunyai masa yang tetap untuk memandu dan ianya boleh dibuat pada masa lapang secara part time.

Sekiranya anda mendaftar sebagai pemandu uber, anda akan dibayar gaji setiap minggu pada hari rabu oleh pihak UBER. Sebelum mendaftar anda perlu pastikan syarat mudah di bawah dipenuhi :


  1. Mempunyai lesen memandu penuh. Pemandu yang mempunyai lesen P adalah tidak dibenarkan.
  2. Mempunyai kereta atas nama sendiri atau pun nama pemandu tersebut mestilah ada didalam ‘cover note insuran kenderaan’. Kereta tidak melebihi 8 tahun.
  3. Mempunyai smartphone sebagai medium perantara antara penumpang dan pemandu. Smartphone juga penting sebagai GPS.
Sekiranya syarat-syarat mudah diatas dipenuhi, berikut dokumen-dokumen yang perlu disediakan semasa mendaftar secara online :

  1. Kad Pengenalan
  2. Lesen Memandu
  3. Dokumen Insuran Kereta
Sila ikut langkah-langkah berikut untuk mendaftar.

LANGKAH PERTAMA

Anda perlu membuat pra-pendaftaran dengan klik link di bawah dan perlu menggunakan emel yang aktif kerana pihak UBER akan menghubungi anda melalui emel. Anda perlu memasukkan bandar yang betul untuk anda memandu sekiranya anda berjaya mendaftar. Anda hanya boleh memandu di kawan yang anda mendaftar. Sebagai contoh, Anda mendaftar di Kuala Lumpur, jadi anda hanya aktif di lembah klang. Sekiranya mendaftar di Johor Bahru anda boleh memandu di Johor Bahru sahaja. Untuk makluman anda, setakat ini hanya kawasan di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Ipoh, Penang, Johor Bahru, Melaka, Kota Kinabalu, dan Kuching sahaja beroperasi.




LANGKAH KEDUA

Anda perlu mengisi 3 dokumen berikut:

  1. Kad Pengenalan
  2. Lesen Memandu
  3. Cover Note insuran kereta (pastikan nama anda ada dalam dokumen ini)

Selepas anda selesai upload ketiga-tiga dokumen di atas, anda perlu klik butang continue untuk menamatkan pra-pendaftaran anda sebagai pemandu uber. Anda perlu menunggu paling lama 48 jam (paling cepat 4 jam berdasarkan pengalaman) untuk pihak uber review dokumen anda. Sekiranya anda tidak berjaya, Uber akan menghantar emel kepada anda menjelaskan tentang permohonan anda ditolak.

Sekiranya permohonan anda berjaya. Status akaun anda bertukar menjadi aktif dan tahniah diucapkan.



LANGKAH KETIGA

Sila log in akaun UBER PARTNER anda di sini https://login.uber.com/login
Kemudian klik "Profile" disebelah kiri, sila lengkapkan profile anda.

Langkah seterusnya ialah anda perlu klik "BANKING" sebelah kiri paling bawah.

Isi maklumat akaun Bank supaya UBER dapat membuat pembayaran online terus ke akaun anda. 

  1. Nama Anda
  2. Nama Bank Anda
  3. Bandar Cawangan Bank Anda
  4. Nombor Akaun Bank  Anda
Setelah selesai isi keempat-empat kotak tersebut, klik "SUBMIT".



UBER hanya mengenakan caj sebanyak 25% daripada bayaran penumpang sebagai caj mereka. Contohnya, dalam seminggu, pendapatan adalah sebanyak RM1000, UBER akan mengenakan caj sebanyak RM250. Jadi, pemandu UBER akan menerima bayaran sebanyak RM750 terus ke akaun mereka. Biasanya bayaran akan terus masuk ke akaun pada hari Rabu berikutnya. Waktu pengiraan caj bayaran adalah bermula 4.00 pagi hari Isnin hingga 3.59 pagi Isnin berikutnya.

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan proses permohonan ini boleh hubungi saya di emel azizannkadirr[at]gmail.com atau sms terus ke nombor 01112307012 atau tinggalkan nombor telefon anda pada ruang komen dan saya akan hubungi anda secepat mungkin.




Monday, 14 November 2016

UBER Memperkenalkan konsep FIFO di KLIA & KLIA2


Berita baik buat semua pemandu UBER atau Uber Partners apabila pihak uber telah memperkenalkan konsep First In, First Out (FIFO) di KLIA dan KLIA2. Ini bermakna anda tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan penumpang atau riders.


Bagaimana FIFO berfungsi?

Sekiranya anda tiba dahulu anda akan menerima permintaan awal seterusnya. Jadi anda tidak perlu untuk menunggu lebih lama atau membuang masa sehingga berjam-jam tanpa mendapat satu permintaan langsung. Anda juga tidak perlu berada sangat dekat dengan riders untuk menerima permintaan.

Di mana perlu pemandu Uber tunggu?

Anda boleh menunggu di mana-mana tempat selagi anda berada dalam kawasan FIFO. Tidak kira sejauh mana anda menunggu, anda akan tetap menerima permintaan selagi tidak keluar dari kasawan tersebut.

Berapa lama perlu menunggu?

Setibanya anda di kawasan tersebut, aplikasi anda akan memberitahu tempat anda dalam queue.


Penting!!!!!

Sekiranya riders membatalkan permintaan, kedudukan anda dalam barisan adalah kekal.

Perkhidmatan UberXL di Malaysia

Uber XL adalah untuk kategori kenderaan yang lebih besar, selesa dan luas ataupun MPV. Kenderaan yang termasuk dalam ketegori XL adalah seperti Proton Exora, Nissan Grand Livina ataupu Toyota Avanza.







Kawasan bandar bagi perkhidmatan UberXL:

Kuala Lumpur
Johor Bahru
Pulau Pinang

Harga bagi perkhidmatan UberXL:

Kuala Lumpur

Tambang Asas: RM2,50
Setiap minit: RM2.50
Per KM: RM0.75
Tambang Minimum: RM0.40
Bayaran Pembatalan: RM5

Johor Bahru

Tambang Asas: RM2,50
Setiap minit: RM2.50
Per KM: RM0.75
Tambang Minimum: RM0.40
Bayaran Pembatalan: RM5

Pulau Pinang

Tambang Asas: RM1.00
Setiap minit: RM1.00
Per KM: RM0.50
Tambang Minimum: RM0.25
Bayaran Pembatalan: RM5

Perkhidmatan UberX di Malaysia

UberX merupakan uber kos yang paling bawah. Lazimnya ia juga cara yang termudah and termurah bagi penumpang untuk pergi ke sesuatu tempat. Kenderaan yang termasuk dalam kategori ini adalah termasuk kederaan seperti Perodua Myvi, Proton Saga ataupun Toyota Vios





Kawasan bandar bagi perkhidmatan UberX:

Kuala Lumpur
Johor Bahru
Pulau Pinang
Ipoh
Kota Kinabalu
Kuching

Harga bagi perkhidmatan UberX


Johor Bahru

Tambang Asas: RM1.00
Setiap minit: RM0.25
Per KM: RM0.50
Tambang Minimum: RM1.00
Bayaran Pembatalan: RM5

Ipoh

Tambang Asas: RM1.00
Setiap minit: RM0.25
Per KM: RM0.50
Tambang Minimum: RM1.00
Bayaran Pembatalan: RM5

Kuching

Tambang asas: RM0.95
Setiap minit: RM0.25
Per KM: RM0.50
Tambang Minimum: RM0.95
Bayaran Pembatalan: RM5

Kuala Lumpur

Tambang asas: RM0.95
Setiap minit: RM0.25
Per KM: RM0.60
Tambang Minimum: RM0.95
Bayaran Pembatalan: RM5

Pulau Pinang

Tambang Asas:  RM0.80
Setiap Minit: RM0.20
Per KM: RM0.55
Tambang Minimum: RM0.80
Bayaran Pembatalan: RM5

Kota Kinabalu

Tambang asas: RM0.95
Setiap minit: RM0.25
Per KM: RM0.50
Tambang Minimum: RM0.95

Bayaran Pembatalan: RM5

3 Soalan Lazim Tentang Memandu Bersama Uber




  1. Berapa lamakah masa perlu diambil sebelum saya boleh mula memandu?
    Sebaik sahaja anda memuat naik dokumen anda dan menandatangani perjanjian, lazimnya anda boleh memulakan pemanduan dalam tempoh 24 jam.
  2. Bagaimanakah saya dapat mengesahkan bahawa pihak Uber telah menerima dokumen saya? 
    Anda boleh melihat dokumen anda yang masih belum diverifikasi di papan pemuka (dashboard) anda. Jika anda mengirimkan dokumen tersebut melalui e-mel, masa yang lebih lama diperlukan sebelum dokumen itu dapat dilihat. Cara yang paling cepat untuk membolehkan dokumen anda diluluskan adalah dengan memuat naik dokumen itu ke profil anda.
  3. Dokumen saya ditolak? Apakah yang perlu saya lakukan?
    Sekiranya dokumen anda ditolak, berkemungkinan dokumen itu tidak memenuhi syarat dan keperluan bandar anda atau berkemungkinan gambar yang dikirimkan berkualiti rendah. Sila pastikan bahawa gambar anda adalah jelas dan muat naik satu salinan baharu ke papan pemuka anda.
Lebih cepat anda memuat naik dokumen memandu anda, lebih cepat anda akan memandu di jalan raya dan meraih pendapatan.