Sunday, 4 December 2016

3 Langkah Mudah Mendaftar Sebagai Pemandu Uber


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah tidak menjadi asing bagi kita rakyat Malaysia pada masa kini apabila mendengar tentang UBER. Dengan UBER, anda boleh menjana pendapatan sampingan yang lumayan tetapi dengan syarat anda memiliki kereta sendiri. Anda sebagai pemandu uber atau Uber Partners tidak perlu mempunyai masa yang tetap untuk memandu dan ianya boleh dibuat pada masa lapang secara part time.

Sekiranya anda mendaftar sebagai pemandu uber, anda akan dibayar gaji setiap minggu pada hari rabu oleh pihak UBER. Sebelum mendaftar anda perlu pastikan syarat mudah di bawah dipenuhi :


  1. Mempunyai lesen memandu penuh. Pemandu yang mempunyai lesen P adalah tidak dibenarkan.
  2. Mempunyai kereta atas nama sendiri atau pun nama pemandu tersebut mestilah ada didalam ‘cover note insuran kenderaan’. Kereta tidak melebihi 8 tahun.
  3. Mempunyai smartphone sebagai medium perantara antara penumpang dan pemandu. Smartphone juga penting sebagai GPS.
Sekiranya syarat-syarat mudah diatas dipenuhi, berikut dokumen-dokumen yang perlu disediakan semasa mendaftar secara online :

  1. Kad Pengenalan
  2. Lesen Memandu
  3. Dokumen Insuran Kereta
Sila ikut langkah-langkah berikut untuk mendaftar.

LANGKAH PERTAMA

Anda perlu membuat pra-pendaftaran dengan klik link di bawah dan perlu menggunakan emel yang aktif kerana pihak UBER akan menghubungi anda melalui emel. Anda perlu memasukkan bandar yang betul untuk anda memandu sekiranya anda berjaya mendaftar. Anda hanya boleh memandu di kawan yang anda mendaftar. Sebagai contoh, Anda mendaftar di Kuala Lumpur, jadi anda hanya aktif di lembah klang. Sekiranya mendaftar di Johor Bahru anda boleh memandu di Johor Bahru sahaja. Untuk makluman anda, setakat ini hanya kawasan di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Ipoh, Penang, Johor Bahru, Melaka, Kota Kinabalu, dan Kuching sahaja beroperasi.




LANGKAH KEDUA

Anda perlu mengisi 3 dokumen berikut:

  1. Kad Pengenalan
  2. Lesen Memandu
  3. Cover Note insuran kereta (pastikan nama anda ada dalam dokumen ini)

Selepas anda selesai upload ketiga-tiga dokumen di atas, anda perlu klik butang continue untuk menamatkan pra-pendaftaran anda sebagai pemandu uber. Anda perlu menunggu paling lama 48 jam (paling cepat 4 jam berdasarkan pengalaman) untuk pihak uber review dokumen anda. Sekiranya anda tidak berjaya, Uber akan menghantar emel kepada anda menjelaskan tentang permohonan anda ditolak.

Sekiranya permohonan anda berjaya. Status akaun anda bertukar menjadi aktif dan tahniah diucapkan.



LANGKAH KETIGA

Sila log in akaun UBER PARTNER anda di sini https://login.uber.com/login
Kemudian klik "Profile" disebelah kiri, sila lengkapkan profile anda.

Langkah seterusnya ialah anda perlu klik "BANKING" sebelah kiri paling bawah.

Isi maklumat akaun Bank supaya UBER dapat membuat pembayaran online terus ke akaun anda. 

  1. Nama Anda
  2. Nama Bank Anda
  3. Bandar Cawangan Bank Anda
  4. Nombor Akaun Bank  Anda
Setelah selesai isi keempat-empat kotak tersebut, klik "SUBMIT".



UBER hanya mengenakan caj sebanyak 25% daripada bayaran penumpang sebagai caj mereka. Contohnya, dalam seminggu, pendapatan adalah sebanyak RM1000, UBER akan mengenakan caj sebanyak RM250. Jadi, pemandu UBER akan menerima bayaran sebanyak RM750 terus ke akaun mereka. Biasanya bayaran akan terus masuk ke akaun pada hari Rabu berikutnya. Waktu pengiraan caj bayaran adalah bermula 4.00 pagi hari Isnin hingga 3.59 pagi Isnin berikutnya.

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan proses permohonan ini boleh hubungi saya di emel azizannkadirr[at]gmail.com atau sms terus ke nombor 01112307012 atau tinggalkan nombor telefon anda pada ruang komen dan saya akan hubungi anda secepat mungkin.




1 comment:

  1. how is your business?
    i also recruit via www.facebook.com/MariUber

    ReplyDelete